Personaliti Ekstrovert

1. Tukar angin.,,Main badmìnton dulu. – 5 April

( Frasa 1, menunjukkan sikap responden yang suka bersukan. Frasa ” tukar angin ” memberi tanggapan bahawa responden mempunyai aktiviti sukan lain selain daripada badminton. Saya dapat menggambarkan bahawa responden merupakan seorang yang bertenaga dan seorang yang peramah. Saya beranggapan bahawa responden merupakan seorang yang mempunyai personaliti ekstrovert. )

2. Penat main & jdi pengadil bola sepak.. haha – 31 Mac

( Frasa 2 menggambarkan responden merupakan seorang yang bertenaga dan mesra dengan-rakannya. Aktiviti sukan yang sering dilakukan sudah cukup menjelaskan bahawa responden merupakan seorang yang ekstrovert. )

3. ok….. siapa yg

rasa gembira sila
lari setempat sambil menyanyi.. hahaha 😀 – 30 Mac

( Frasa 3, responden cuba mewujudkan suasana gembira kepada rakan-rakannya melalui kiriman responden yang ” happy go lucky “. responden merupakan seorang yang sangat peramah dan suka membuat orang sekelilingnya gembira. Melalui frasa ini, saya beranggapan bahawa responden merupakan seorang yang mempunyai personaliti ekstrovert. )

4. AWAL LAMAR SCHA DI KACA TV….(PROPAGANZA)… So romantik…hahahaha – 26 Mac

( Frasa 4, responden mengirimkan kiriman yang berbaur gembira.kegembiraan itu dapat dilihat melalui simbol ketawa ” hahahaha “. responden gembira apabila dapat melihat artis melamar kekasihnya di kaca TV. Melalui frasa ini, sy beranggapan bahawa responden seorang yang suka mengabarkan sesuatu perkara yang baik kepada rakan-rakannya. )

5. senyuman itu baik. menambah kemesraan antara satu sama lain dan merupakan salah satu petua awet muda. 😀 – 26 Mac

( Frasa 5, menunnjukkan bahawa responden merupakan seorang yang sangat ekstrovert. Disamping memberi nasihat, responden menyelitkan sedikit petua-petua yang membolehkan seseorang itu awet muda. Melalui frasa ini dapat diperhatikan bahawa responden merupakan seorang yang sangat peramah dan sentiasa mempunyai inspirasi untuk membuat orang lain tersenyum. )

6. Semakin hari,,
Semakin???… – 4 April

( Frasa 6, responden mengirimkan kiriman yang menimbulkan pertanyaan orang lain. Frasa yang yang dikirimnya merupakan ayat yang tergantung. Berdasarkan frasa ini dapat disimpulkan bahawa responden cuba menarik perhatian rakan-rakannya dengan frasa yang tidak lengkap. Melalui frasa ini saya beranggapan bahawa responden merupakan seorang yang bersikap ekstrovert. )

7. Perhatian kepada semua warga fb sekiranya ada orang yang bernama “NOKURO OO” add kamu bagus tidak payah terima nanti kamu menyesal!!! – 2 April

( Frasa 7 jelas menunjukkan bahawa responden cuba menarik perhatian rakan-rakannya agar tidak ” add ” orang yang bernama  ” NOKURO OO “. Penggunaan tanda seru pada akhir ayat menunjukkan betapa seriusnya responden dengan kiriman yang dihantarnya. melalui frasa ini sifat pendesak responden dapat dilihat berdasarkan penggunaan tanda seru pada akhir kata. Saya beranggapan bahawa responden merupakan seorang yang ekstrovert. )

8. Do you remember me… – 31 Mac

( frasa 8, frasa yang dikirimkan oleh responden jelas menunjukkan bahawa responden cuba untuk menarik perhatian rakan-rakan yang mengenali diri dia. buktinya, ramai rakan-rakannya yang memberi komen terhadap kiriman responden. Saya berpendapat bahawa responden merupakan seorang yang suka menarik perhatian orang lain dan ini merupakan salah satu personaliti ekstrovert responden. )

 

About mathewlinguistic

~Mathew Brad Marius ~Keningau Sabah ~Third year linguistic student in UKM !
This entry was posted in Domain Personaliti. Bookmark the permalink.

1 Responses to Personaliti Ekstrovert

Tinggalkan komen